BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 13, 2009

Petua kempiskan perut

Sediakan minuman asam jawa seperti yang biasa dilakukan, bezanya kurangkan gula dan tambahkan sedikit serbuk kunyit(1tsp), seelok-eloknya diminum pada awal pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Amalkan selama 30hari.

Friday, December 5, 2008

Peta menghilangkan bintik2 hitam

kisar kacang hijau sehingga halus. kemudian, gaulkan bersama sedikit air agar adunan itu menjadi pekat.

setelah itu, lumurkan ke seluruh wajah setiap malam sebelum tidur. biarkan semalaman.

amalkan selama tiga bulan bagi membantu mengurangkan kesan2 bintik hitam pada wajah.

Wednesday, December 3, 2008

petua cantikkan kulit

1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.


3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.


4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang.


5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.


6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat
kulit muka yang gebu dan licin.

Sunday, November 16, 2008

keistimewaan wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
SWT memberinya pahala seperti memerdekakan
70 orang hamba dengan ikhlas.

Friday, November 14, 2008

Kaitan ular dan manusia...

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya; 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".Moral valuenya kat sini, Allah SWT tak akan mencipta sesuatu kat duniani tanpa sebab...

Monday, October 27, 2008

19 hasanah...

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"K ena pa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar..
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.









Monday, October 20, 2008

Petua menghilangkan parut

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.